Dasar Privasi

Dikemas kini 10 September 2026

Starly Kids dikendalikan oleh Salleh Madsom Enterprise (No. SSM belum diisi), sebuah perniagaan milikan tunggal berdaftar di Malaysia. Dasar ini menerangkan data apa yang kami kumpul, kenapa, dan apa hak anda ke atasnya.

Ringkasnya: kami mengumpul emel dan nombor telefon anda semasa pembelian, dan satu nombor rawak yang mengenal pasti peranti. Kami tidak mengumpul apa-apa data tentang anak anda — nama, umur dan kemajuan pembelajaran semuanya tinggal di dalam telefon anda sendiri dan tidak pernah dihantar kepada kami.

Data yang kami kumpul

DataKenapaBerapa lama
Alamat emelMenghantar kunci dan resit pembelianSelagi lesen aktif
Nombor telefonDiwajibkan oleh gerbang pembayaran FPXSelagi lesen aktif
Pengecam perantiNombor rawak, dijana oleh app. Menguatkuasakan had 3 peranti. Ia tidak mengandungi apa-apa tentang anda atau telefon andaSelagi lesen aktif
Nombor rujukan pesananRekod pembelian dan sokongan13 bulan
Emel senarai tungguMemberitahu bila kandungan baharu siapSehingga anda minta dibuang
Sumber trafikSatu perkataan sahaja (cth "tiktok"), untuk kami tahu saluran mana yang berkesan. Tiada pengecam peribadi13 bulan

Data anak anda

Ini bahagian yang paling penting bagi kami, jadi kami nyatakan dengan jelas:

Akaun pembelian adalah atas nama ibu bapa atau penjaga, bukan anak.

Pihak ketiga yang memproses data anda

Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi data anda dengan sesiapa selain di atas.

Kuki

Laman ini tidak menggunakan kuki penjejakan. App menggunakan storan tempatan pelayar untuk menyimpan kemajuan anak dan kunci lesen anda — itu tinggal di peranti anda dan bukan kuki.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia, anda boleh:

Emel [email protected] dan kami akan bertindak dalam masa 14 hari. Ambil perhatian: memadam emel pembelian anda bermakna kami tidak lagi boleh memulihkan kunci anda kalau ia hilang.

Keselamatan

Semua sambungan disulitkan (HTTPS). Kami tidak pernah menyimpan kata laluan kerana app tidak menggunakan akaun. Kami tidak pernah menyimpan nombor kad atau butiran perbankan.

Perubahan

Kalau kami mengubah dasar ini, tarikh di atas akan berubah. Perubahan besar akan diberitahu melalui emel kepada pembeli.

Ada soalan tentang halaman ini?
Emel [email protected] — dibaca oleh orang yang membina app ini.